Pakarwati Jajahan Air Sihat

Pakarwati Jajahan Air Sihat

Wednesday, 22 March 2017

DULU, KINI DAN SELAMANYA
*******************************

Bila korang baca tajuk Dulu, Kini dan Selamanya apa yang korang pikir ek?  Cer teka, cer teka. Eh dah kenapa Farah ni nak citer pasal Politik pula.. Ha.. ini Politik bukan sebarang Politik tawww. Hahaha..

Cuba korang ingat balik waktu dulu-dulu, bila time hujan. Apa yang korang biasa buat? Mesti korang berlari-lari, sambil joget-joget mandi hujan kan? Best sangat bila ingat balik masa kecik dulu. 

Siapa kat sini orang kampung? Say hai! Korang mesti suka mandi sungai kan? Bak kata pepatah Melayu "Sambil Menyelam Minum Air". Kompom korang ada minum air sungai kan? Ele.. tau dah, tak yah nak tipu.. korang mesti ada minum air sungai juga. Rasa air sungai dulu-dulu segar je kan.. bersih sangat.

Ha.. bila time puasa. Zaman kanak-kanak ribena. Mesti korang pergi bilik air. Buat apa teww? Haha mesti punya la.. korang buka paip dan minum air senyap-senyap. Siapa pernah buat kita geng. Haha Farah ni masa kecik-kecik boleh tahan gak nakalnya. Huhu

Tapi malangnya.. tu semua dulu, sekarang dah tak de macam zaman kita kecik-kecik dulu. Kalau nak mandi sungai pun kompom tak telan air sungai teww.. kalau sekarang menyelam sambil minum, bila naik atas masuk hospital la jawabnya. Haha..

Kalau dulu, bila time hujan.. orang siap tadah air hujan buat basuh baju, mandi dan buat minum. Tapi kini.. takdenyerrr orang nak tadah air hujan. Kenapa? Kenapa? Cer jawab..

Haha sebabnya air sekarang tak macam dedulu. Kalau dulu time puasa sanggup curi-curi minum air paip. Sebab dulu air sedap, persis iklan Gardenia.. "Ohh..sungguh enak diminum begitu saja".

Kini, bila 3 hari tak de kat rumah. Balik rumah bila buka paip.. mak ai.. Air paip tu dah ibarat air teh tersedia untuk diminum. Tapi tak lalu aih.. bau karat. Bukan kata nak minum,nak buat mandi pun tak lalu. Betul ke betul?

Anda boleh mengubahnya.. Jika Sekarang dan selamanya kita amalkan minum air bersih dan mencukupi, In sya' Allah kini dan selamanyalah kita akan diberi kesihatan yang baik. Tak giteww? Ewahh.. panjangnya farah bebel. Dapat sesuatu? Hehe bak kata Nabil.. lu fikir la sendiri. Nak dibantu miliki air bersih? 

Hubungilah Pakarwati Jajahan Air Bersih Iaitu Farah Coway Anda. Mudah, cepat dan sangat efisyen. 

Whatsapp Farah sekarang (Sila tekan link di bawah utk terus ke Whatsapp Farah untuk Respon yang lebih pantas)
http://www.wasap.my/+60197004691.

#CowayWaterSpecialist
#BoilingWaterIsNotEnough
#HappyHealthyCoway



No comments:

Post a Comment

BAHAYA MINUM AIR DIMASAK BERULANG-KALI

  CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA COWAY SECARA UMUM   1. Berupaya membersihkan udara seluas 1600sqft. 2. Menghilangkan bau rokok da...