Pakarwati Jajahan Air Sihat

Pakarwati Jajahan Air Sihat

Thursday 23 March 2017



16 TIPS MUDAH HILANGKAN BATUK

Batuk ni merupakan antara sakit yang sangat mengganggu aktiviti harian. Apatah lagi jika anda adalah seorang Guru, Pensyarah dan seumpamanya yang lebih kelada bercakap atau berucap.

Dibawah ni antara petua yang boleh diamalkan. Sekiranya dah cuba tips ni tapi masalah berlanjutan silalah rujuk doktor. Kat bawah ni Farah sertakan tips mudah hilang batuk, boleh lah cuba salah satu daripada 16 Tips ni. Nak cuba semua pun silakan. Hehe. :*
Antara Tips Mudah Untuk Hilangkan Batuk Ialah:-

#1 AIR PUTIH

Banyakkan minum air suam. Sebaiknya minum air bersih yang ditapis. Ini kerana air yang dimasak berulang-kali sekalipun tidak dapat menghapuskan kuman, bakteria, klorin, kapir, karat dan segala microorganisma yang terdapat didalam air. Sediakan air dalam botol besar. Batuk je minum untuk mengelakkan tekak kering. 

#2 MANDI AIR PANAS

Mandi air panas dapat mengurangkan tempoh batuk. Kalau kebiasaannya batuk ambil masa lebih seminggu, tapi dengan mandi air panas dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ini kerana dengan mandi air panas dapat membuatkan kitaran darah kembali optimum dan dapat membantu saluran nafas kembang dengan baik.

#3 MADU

Madu memiliki pelbagai khasiat. Antaranya dapat melegakan batuk. Ini kerana Dekstrometorfan (DM) dalam madu dalat menenangkan batu dimalam hari. Ambil sesudu kecil diwaktu pagi dan sesudu kecil diwaktu malam. Boleh juga dicampur dengan air, tapi seeloknya dimakan je. Pastikan menggunakan sudu plastik. Sebab sudu besi boleh mengurangkan khasiat madu.

#4 NENAS

Nenas sangat membantu dalam masalah batuk kerana nenas 5kali lebih baik dari ubat batuk. Sumber dari laman web prevendisease.com dalam bahagian jurnal "Der Pharma Chemica" pada tahun 2010 mendapati nenas digunakan sebagai salah satu bahan asas untuk mengubati penyakit bronkitis dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan batuk dan selsema. Cara-caranya: kupas kulit nenas (pastikan duri semuanya habis dibuang), bland, tapis dan minum airnya. 

#5 KICAP + LIMAU

Petua dari seorang sahabat. Katanya petua dari nenek. Mak kawan Farah ni batuk lama tak hilang-hilang. Nenek dia suruh makan kicap campur perahan limau. Tapi tak percaya. Bila dah teruk baru buat. Alhamduah cepat sembuh. Boleh try juga petua ni. 

#6 KUNYIT

Makan makanan berasaskan kunyit apabila batuk. Terutama batuk kering. Seperti singgang. Sebaiknya makan semasa masih panas supaya tekak lebih selesa sekaligus dapat menghilangkan batuk.

#7 SUP AYAM

Sup ayam sangat bagus untuk kesihatan. Terutama dalam menghilangkan batuk kerana dalam sup ayam terdapat ciri anti-inflamasi seperti kebanyakan ubat batuk. Ia juga membolehkan kotoran, lendir atau kahak ditekak anda cair. 

#8 MENTHOL

Sapu viks, minyak cap kapak atau apa sahaja yang berangin dipangkat leher, tekak, dada, belakang badan dan belakang leher. Selain itu makan gula-gula berangin juga dapat melegakan tekak. 

#9 BAWANG PUTIH BAKAR

Bakar bawang putih tersebut dengan kuli-kulitnya sekali. Dah bakar baru kupas kulitnya dan makan macam french fries. Anggaplah tu burger ke, kentang ke atau makanan favourite anda. 

#10 LADA HITAM DAN MADU

Ramai yang tak tau lada hitam campur madu bagus ubtuk hilang batuk dengan cara mengeluarkan lendir dari dalam. Ambil satu senduk lada hitam bubuk, campurkan dengan dua sudu madu ke dalam gelas. Masukkan air panas, kemudian tutup gelas tu, biar dalam10 minit. Pastu minum.

#11 HALIA

Selain daripada buang bisa badan, buang angin, halia pun bagus untuk melegakan batuk. Caranya senang je. Ambil 1/2 inci halia, buang kulit, basuh, hiris, rebus, kemudian bland. Lepas bland tapis dan campurkan dengan lemon dan madu. Pastu minum. 

#12 BUAH ANGGUR

Anggur memiliki sifat ekspektoran yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, tapi jangan banyak sangat sebab anggur pun boleh sebabkan batuk dan rasanya yang manis jika minum banyak boleh dapat sakit kencing manis pula.

#13 DAUN SIRIH

Ambil sehelai daun sirih, basuh bersih dan bland dengan segelas air sampai halus, kemudian tapis. Perahkan sebiji limau nipis ke dalam air sirih tadi kemudian minum. 

#14 TINGGIKAN BANTAL

Tidur dalam keadaan rendah akan menyebabkan pernafasan terganggu. Batuk pun akan semakin menjadi-jadi. Sebaiknya tidur dengan 2biji bantal. 

#15 KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK ATAU PEDAS

Selain mencuba petua di atas, sebaiknya kurangkan makanan berminyak dan pedas tetapi lebihkan makanan yang dikukus atau direbus untuk dapatkan hasil yang lebih cepat dan makan ketika masih panas. 

#16 DOA

Akhir sekali disamping usaha jangan lupa berdoa. Kerana yang Maha menyembuhkan adalah Allah S.W.T.  bukan nenas, bukan kicap, bukan bawang, bukan madu, bukan air dan bukan yang lain kecuali Allah yang Esa. So amalkan la doa ni:

Surat Asy-Syu'ara' Ayat 80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan 
aku,

Surah Yunus Ayat 57

وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ 

Ya Allah ya Tuhanku, sembuhkanlah penyakit yang ada didalam dadaku.

Sekiranya pelbagai tips dah buat, jumpa doktor pun dah banyak kali, ubat pun dah berbotol-botol.. sebaiknya amalkan rawatan alternatif atau perubatan islam. Sila lihat Video Ustaz Sharhan Shafie tentang batuk dibawah ini. 


Jika bermanfaat, mohon #share supaya lebih ramai yang tahu. Ilmu perlu dikongsi. Kan kan. :*

No comments:

Post a Comment

BAHAYA MINUM AIR DIMASAK BERULANG-KALI

  CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA COWAY SECARA UMUM   1. Berupaya membersihkan udara seluas 1600sqft. 2. Menghilangkan bau rokok da...